SETIA SEJAUH MANA?

Malaysia Today

Re: SETIA SEJAUH MANA?

Postby eric » Mon Oct 26, 2009 1:30 am

salam semua.

1. Bila mana bercakap tentang prinsip politik, moral dan undang- undang , selagi manusia tetap bergelar manusia akan tetap menghampiri kepada perlanggaran prinsip yang disebutkan di atas tetapi tahap perlanggaran tersebut membezakannya. Sebagai manusia yang telah mencipta prinsip politik, moral dan undang-undang yang sedia maklum akan kekeurangannya, juga mempunyai kelemahan. oleh itu, sama ada ia berlaku oleh seseorang individu sebenarnya hanya Tuhan yang boleh menilai dan menghakiminya. Walau bagaimanapun, pertimbangan terakhir oleh manusia sendiri adalah ATAS BUDI BICARA. Pounsikou.
eric
 
Posts: 165
Joined: Thu Sep 25, 2008 1:19 pm

Re: SETIA SEJAUH MANA?

Postby Jiujitsu » Mon Oct 26, 2009 6:06 am

Kopisanangan.

Ya memang hebat sekali ulasan terkini mengenai perihal setia ini.Memang ada tanda-tanda kematangan dan kearifan dalam betul-betul menjalankan tugas dan mengambil sepenuhnya kesempatan sebagai politico seandainya berpeluang kelak. Mudah-mudahan ya.

Jadi daripada ulasan yang diberi, kita boleh membuat kesimpulan bahawa perlanggaran prinsip-prinsip berkenaan memang berlaku dan dimaklumi oleh sesetengah pihak ya. Tiada apa hal lah. Kita percaya bahawa Ianya berlaku di mana-mana. Di kawasan bandar dan maju sekalipun kita percaya ianya berlaku. Jadi kalau ianya berlaku di Kadamaian atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, maka sebenarnya tahap pemikiran yang seterusnya dimanifestasikan dalam pentadbiran kita sudah setaraf dengan mereka-mereka di kawasan maju atau kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan pemikiran kelas satu. KUDO Kadamaian.

Bah om pounsikou
Jiujitsu
 
Posts: 34
Joined: Sun Jan 25, 2009 8:12 am

Re: SETIA SEJAUH MANA?

Postby herbertlagadan » Thu Nov 05, 2009 8:23 am

Salam buat juilis pencetus ruang bicara soal SETIA. Bah saya pun mau menyampuklah sikit-sikit.

Kata SETIA merujuk kepada fahaman dan tindakan yg tidak berubah walau apa sekalipun keadaannya. Namaun pada hakikatnya ianya sukar dilakukan sehingga banyak contoh2 tindakan para manusia yg berubah kesetiaannya. Jika berlaku ketidaksetiaan maka pelbagai dalih dan alasan yang diberi untuk membenarkan tindakan yang telah diambil. Baik dalam sudut politik atau agama atau hubungan antara suami-isteri ianya sudah ada contoh berlaku ketidaksetiaan. Akhirnya hukum alam (natural law) atau hukum rohani (divine law) akan menjadi hakim terakhir kepada setiap perbuatan kita.

Setiap tindakan ada reaksi; apa yang ditanam orang akan juga dituainya ( hukum alam). Namun dalam hukum rohani adanya konsep pertobatan dan pengampunan. Bukan setiap perbuatan yg salah berakhir dengan hukuman kerana ada pengampunan apabila ada pertobatan. Antara Yudas dan Petrus keduanya telah melakukan kesalahan (dosa) hanya perbezaannya Petrus bertobat dan di ampuni. Petrus akkhirnya setia sampai mati.

Boleh kah konsep rohani beroperasi dalam dunia politik? herbert
herbertlagadan
 
Posts: 91
Joined: Tue Nov 11, 2008 3:50 am

Previous

Return to Government, Politics & Economy

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron